Tuesday, December 4, 2012

Tak tahan puasa

     Video ni kami TERtangkap semasa menjalani latihan klinikal di salah sebuah hospital ************.
waktu itu jam telah menunjukkan waktu yang paling strategik untuk berehat,
jadi nya kami pun berehat dengan riang ria sekali setelah penat dan letih bercampur tired membuat tugasan harian yang diarahkan oleh kaki dan tangan pihak hospital tersebut.
      Sebenarnya pihak hospital tersebut membenarkan setiap pelatih kesihatan mengambil rehat di ruangan kantin tersebut selepas selesai membuat kerja disebabkan ruangan sebenar untuk berehat sentiasa akan penuh dengan kaki dan tangan di situ.
      Rasa-rasanya kejadian pelik ini terjadi, kalu tak silap saya, pada tahun ini juga..ngekkk...
dan berjam waktu petang, tetapi jam dinding hospital di situ menunjukan iaitu jam 11.25 tapi tidak pasti samada 11.25 tu waktu malam atau  pagi, maklum la batrei da habis.
      Ok la, berbalik kepada cerita, waktu itu kami sangat penat dan mengambil rehat untuk memulihkan tenaga dalaman, sambil rehat tu, saya dan kawan sorang lagi bertanding kamera hanphone siapa paling terang, agak-agaknya belum sampai 10 minit, pemenang hanphone kamera paling terang pun belum diketahui, kami terlelap dengan bunyi dengkuran yang boleh dikatakan cute juga.
      Dimasa kami terlelap tu, tak sedar pla kamera handphone tu masi terbuka, hingga la ketika itu kami dikejutkan oleh kaki dan tangan hospital tersebut untuk membeli makanan untuk berbuka puasa, lupa pla waktu itu adalah waktu bulan puasa.
     Endingnya pun kami terus bangun sehinggakan air liur yang bertakung di atas meja tidak sempat kami bersihkan dan lintang pukang terus mencari pintu keluar untuk membeli makanan di bazar. maklum la perut sda kelihataan amat slim keadaan badan pula sda di tahap Hypoglycaemia.,
     Akhirnya waktu berbuka sda tiba, perut pun terasa riang sekali, handphone saya tiba-tiba berbunyi secara mengejut, hampir-hampir saya mengalami Hypertension gara-gara bunyi mesej tersebut, saya membaca mesej yang baru dihantar, rupa-rupanya mesej itu dihantar oleh teman wanita saya. nasib baik teman wanita kalu bukan mesti da aku maki2 penghantar mesej itu.
     Mesej punya mesej, selesai juga saya membalas pantun-pantun 2 kerat yang dilemparkan oleh teman wanita terhadap saya. cek punya cek dalam hanphone tu, akhirnya saya terjumpa rakaman misteri ini yang ditangkap semasa kami nyenyak berdengkur.
    Dan ini la details video tersebut selepas menganalis rakam yang ditangkap secara tidak tersengaja.



Title : Tak tahan puasa
Length : 00:22 saat
Time : 16:10pm
Date : -/ - /2012
Resolution : 640 x 450 mp
Taken : 007 (Bond, James Bond)



No comments:

Post a Comment