Kisah ni berlaku pada tahun 2011, ketika saya dan 2 orang kawan menghadiri satu majlis perkhawinan seorang saudara mereka, majlis perkhawinan itu dilangsungkan di daerah yang amat jauh dari bandar besar, nak tahu di mana daerah tu?? sebuah daerah di negeri sarawak iaitu daerah kapit,
Perjalanan untuk menuju ke daerah itu saja dari bandar besar sibu sudah mengambil masas 4 jam, dengan menaiki feri. kejang pungung ni duduk lama-lama sambil kepala pula sentiasa rasa pening disebabkan feri yang bergoyang-goyang dipukul air deras.
Setibanya pula di pekan kapit, kami diarahkan turun dari feri, lega rasanya sebab akhirnya dapat juga kami lari dari kekejangan pungung dan pening-pening kepala, lepas tu kaundaktor tu mengeluarakan suara yang nyaring lagi pekat dengan loghat sarawakannya tu ,ingatkan kami suda sampai di tanah besar tempat majlis perkhawinan tu dilangsungkan, rupanya kami cuma diarahkan mengambil rehat selam sejaam..
Selepas 2 jam kemudian akhirnya sampai juga kami di tempat dituju, dimana destinasi itu dianggap sebagai penyelamat-penyelamat kepada punggung yang memerlukan pertolongan. selamat punggung ni daripda terus dibelengu kekejangan yang hampir boleh menyebabkan tisu punggung rosak dan menyebabkan penyakit gangrene berlaku akibat kekurangan supply oxygen pada tisu punggung.
Jadi, tanpa membuang masa yang banyak saya terus la beralih kepada motif sebenar penceritaan saya ini.
Sebenarnya saya ingin kongsikan sebanyak-sebanyak dan sedikit-sedikit mengenai gamabr yang kami tertangkap masa membuang masa berjalan-jalan di sebuah perkampungan di daerah tersebut. saya harap respon yang kamu bagi amat berguna, dengan tajuk gambar tersebut ialah,
"Bagaimana Dan Mengapa kami Boleh Tertangkap Gambar Sebegini"
Perhatikan baik-baik gambar yang kami tangkap menggunakan kamera Handphone nokia 6500-s.. .
No comments:
Post a Comment