Saturday, December 1, 2012

     Mula-mula fikir, bayi ini kena sawan. Maklumat lebih lanjut saya dapat dari ayah bayi tersebut, Bayi ini baru berusia 5 hari. Semasa ibunya mengandungkan bayi ini, dia tidak pernah berklinik dan tidak pernah menerima sebarang imunisasi kerana masalah kewangan dan tinggal di kawasan ladang. Bayi ini dilahirkan di rumah dan kelahirannya disambut oleh bidan kampung. Dan malangnya, tali pusat bayi ini hanya dipotong dengan pisau yang tidak bersih. Semasa pemeriksaan ke atas bayi ini, didapati  

pusatnya ada nanah dan berbauh busuk.
Pemeriksaan lanjut juga menunjukkan bayi ini telah dijangkiti penyakit Kancing Gigi atau dalam bahasa perubatan Neonatal Tetanus.

Pernah nampak tk bayi kena tetanus? Tak pernah? tengok la gambar ini, saya ambil ketika *********************ngekkkk rahsia.....
 Bayi yang terkena penyakit Kancing Gigi:
  • Bayi akan alami kekejangan otot setiap beberapa saat. Kita boleh lihat bayi tersebut seperti menahan kesakitan. Memang sakit, cuba kita bayangkan macam mana kalau kita kena kejang otot di betis. Sakitkan?
  • Bayi ini akan sensitif dengan cahaya dan bunyi bising. Setiap kali ada bunyi bising, bayi akan alami kekejangan.
  • Bayi tidak akan dapat menyusu. Kekejangan otot menyebabkan bayi tak dapat nak buka mulut. Kesian kan?
  • penyakit ni juga menyebabkan kaki,tangan bayi tidak dapat dibengkokan,@lutut/siku. 

No comments:

Post a Comment