Saturday, December 1, 2012

Apa itu asites ???

DEFINISI
Cecair berlebihan dalam ruang antara lapisan tisu perut dan organ-organ abdomen (rongga peritoneal).


PENYEBAB
Seseorang dengan ascites biasanya mempunyai penyakit hati yang teruk. Ascites disebabkan oleh penyakit hati, ia disebabkan oleh tekanan tinggi dalam saluran darah hati (hipertensi portal) dan tahap albumin yang rendah.

Orang yang mempunyai kanser kolon, kanser ovari, kanser endometrium, kanser pankreas, dan kanser berpotensi mendapat penyakit ascites. Syarat-syarat lain yang boleh membawa kepada masalah ini termasuk:

  1. Pembekuan dalam urat hati (trombosis vena portal)
  2. Kegagalan jantung kongestif 
  3. Pankreatitis 
GEJALA
Apabila hanya sejumlah kecil cecair telah terkumpul di dalam perut, mungkin tiada gejala. gejala ini sering berlaku perlahan-lahan atau tiba-tiba.

Sekiranya cecair berlebihan berkumpul di dalam perut, sakit perut dan kembung mungkin berlaku dan kelihatan, dan ini akan menyebabkan terjadinya penyakit asites.Apabila asites berlaku, keadaan seperti sesak nafas akan bermula.


JANGAN TERSILAP MENILAI !!!!!
     Selalunya, orang ramai yang melihat penyakit asites ini berfikiran ianya bukan sejenis penyakit, sebaliknya beranggapan hanya perkara normal kepada orang yang kuat makan, ini disebabkan hanya menampakan perut yang besar seperti buncit.

     Kadangkala pesakit yang meghadapi penyakit ini tidak menampakan ciri-ciri yang begitu ketara, seperti lemah,pucat, dan lain-lain.
      Bagaiman pula anggapan orang ramai terhadap kanak-kanak perempuan yang menghadapi penyakit ini?? 
      Orang ramai yang langsung tidak kenal atau tahu tentang penyakit ini akan beranggapan kanak-kanak yang menghidap penyakait ini, dengan  kelihatan perut yang buncit seperti berisi (hamil) akan menyalahakan kaum lelaki pula..tak adil langsung..
       Macam mana la kanak-kanak boleh mengandung sedangkan hormone pun masih belum cukup.
jadi kepada orang ramai, luaskan la pengatahuan AM kamu sebelum sembarangan bercakap.
       

No comments:

Post a Comment