Saat berganti saat, minit berganti minit, jam berganti jam, malam berganti siang, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun,emmm apa lagi???
Peristiwa itu tetap masih fresh di kepala hotak saya, peristiwa tu berlaku pada malam merdeka tahun 2008, saya dan 4 orng kawan yang lain baru mendapat gaji hasil titik peluh dan air liur yang bercurah-curah entah kemana dicurahnya, malam tu kami bercadang untuk menyambut hari merdeka di padang merdeka kota kinabalu,
Tetapi disebabkan waktu sambutan ditetapkan pada tengah malam iaitu jam 12.00am, waktu hantu-hantu bangun pagi, kami memilih idea untuk membuang masa sekejap dengan berparti di pantai tanjung lipat dengan berbekalkan minuman-minuman yang kurang enak seperti, Harimau, BuduWeiser, Aisberg dan yang sebangsa dengannya.
Waktu parti yang simple-nyimple sja tu, kami suda rasa seperti pantai tu kami yang punya, sehingga ada kawan menjadikan pantai sebagai toiletnya walaupun disebalik tabir pantai tu ada makhluk lain lagi yang sedang memancing ikan jerung.
Sungguh meriah sangat untuk kami ber-5 sekawan meraihkan malam tu, ketawa tak tentu pasal, bekerjar-kejar sambil menyanyikan lagu Ajai Dan Nurul, bergolek-golek di pantai walaupun tidak tahu mana titik point sebenar lokasi yang dijadikan oleh kawan sebagai toiletnya. Hantam ja laaa.
Best sungguh malam tu, akhirnya alarm yang disetkan untuk berbunyi menunjukkan tepat jam 11.50 malam. Tidak kemana2, kami belarian lintang pukang mencari kereta yang diparking oleh kawan, malam sungguh gelap ditambah pula mata yang semakin sepet gara-gara tindak balas kuasa minuman Harimau tu.
Akhirnya kami berjaya menemui tempat kereta tu menyorok, kami pun menaiki kereta itu dengan hati yang terbuka walaupun hotak dikuasi kuasa minuman Harimau.
Tanpa segan silu pula si driver ne pantas dan amat cekap untuk memandu kereta mitsubshi nya.. tanpa mengikut prosedur yang betul untuk memandu, di memecutkan keretanya sehingga 5 kali kelajuan harimau, rasa takut tu memang ada dengan cara pemanduannya, tapi mata hotak sda jadi mata hotak Harimau jalan raya pun kira Harimau yang punya jga..
Makin lama makin laju tahap semput harimau tu bergerak, setibanya saja di trafik light KPD berhampiran dengan pelabuhan kota kinabalu, lampu trafik tu menunjukkan warna merah iaitu tanda untuk berhenti, tetapi hotak da jadi harimau, kelajuan pun sukar suda untuk direndahkan, jadi jalan tu kira kami yang punya.
Baru sahaja masuk simpang tu tiba-tiba kedengaran bunyi BOOOOOOOOMMMMM. saya terus bangun dari igauan harimau, kehairanan menyelubugi hotak saya, sambil mertanyakan kepada yang lain, "uikkk kenapa saya bleh ada di depan pula ni,tadi kan saya duduk d penumpang belakang" tapi seorang kawan pun tiada yang menjawab, dan terasa pula hidung ni sejuk, dan cecair tu keluar terus menerus, penglihatan pula semakin kabur, kedengaran cermin belakang kereta seperti dihentak dengan benda keras sambil kedengaran surara bertanyakan keadaan kami.
Saya dapat rasakan kaki saya berada di atas badan salah seorang kawan saya,kepala saya pula betul-betul berada di bawah badan seorang kawan lagi, saya bersyukur pada Tuhan, mungin tuhan mahu saya sedar masa tu, dan saya betul2 sedar dan dapat menjawab panggilan orang di luar, saya bangun dan capai tingkap cermin hadapan yang pecah untuk kelaur dari kereta itu,
Saat saya menyentuh jalan raya tu, saat itu juga saya rasa saya bukan lagi di kawal oleh minuman harimau itu, saya begitu sedar, rupanya kami baru saja melanggar sebuah kereta Toyota D-Max.
orang ramai cuba angkat saya dan menenangkan sya,
Dan orang ramai yang lain pula sedang bertungkus lumus memecahakan pintu kereta untuk mengeluarkan kawan-kawan yang lain, masa saya tengok keadaan kereta tu dan kawan lain yan masih berada di dalam, saya rasa seperti tiada harapan, kejantanan saya tercabar jga masa tu, saya menangis di samping orang yang memegang saya, dan merayu supaya selamatkan kawan yang lain, seperti 5 minit kemudian salah satu pintu tu terbuka, dan saya nampak 1 pasang kasut dihumaban keluar dari dalam kereta, sejuta persoalan di kepala sya, "siapa yang umban kasut tu???",
Salah seorang dari orang yang membantu tu tiba-tiba bertanya "tidak apa, biar saya angkat kamu"
rupanya seronga kawan saya sda sedar walaupun muka berlumuran darah,, dan 1 persatu kawan2 saya keluar dengan bantuan orang ramai, mereka semua sedar walaupun muka badan berlumuran darah,
Bersyukur sangat dengan tuhan, sebab saya dapat dengar suara yang lain. bersyukur jga dengan tuhan sebab bagi kami peluang untuk ucap terima kasih kepada orng yang membantu kami..
Selepas kawan-kawan yang lain sda dihatar ke hospital, mula la mata saya menjadi pitam, tangan kiri saya terasa sangat skitnya. kami dihantar ke hospital, masa tu juga kami diceramah oleh doktor dan kakitangan hospital tu. sekali lagi terima kasih kepada orang ramai yang membantu dan bersyukur sepada tuhan sebab bagi kami peluang untuk terus hidup.
Sampai sekarang, kalau terasa ingin minum minuman tu lagi, kami cuma berkurung dalam rumah, dengna kata lain kami melayan harimau di dalam rumah sahaja. dan sebab peristiwa tu jga, kadang-kadang saya trauma naik kereta laju, apatalagi yang memandu tu belagak champion. famly saya pla berkeras tidak mahu benarkan saya bawa kereta sampai la sekarang, famly saya cakap, tiada peluang untuk kali kedua, buang duit kalau kereta hancur.. hahaha..Thanks GOD..
No comments:
Post a Comment