Saturday, December 1, 2012

Budak ker Rambo??

   Mereka datang sekeluarga dengan ada yang nampak gelisah,cemas dan ada yang nampak seperti tiada apa2 yang berlaku, dengan jarak lebih kurang 30meter dri kaunter pendaftaran,bila di tanya

P : kenapa tu@apa yang kami boleh bantu??,
dengan slumber salah seorang daripada keluarga itu menjawab,

KELUARGA : "toh mau berjumpa bah diulang sama itu duktul,mau menangis suda itu anak diulang tu tohh"

P : kenapa dengan anak dia?

KELUARGA : indada aku tahu, itu mamanya bilang sama aku,anaknya main di laut saja.

P : main di laut ?? kenapa??anak dia terpijak ikan beracun ka?? mana satu anak dia yang main di laut?

KELUARGA : inda aku tau di mana laut dia main. yang itu toh, yang kana dukung itu,

P : ok sja tu anak dia, tidak menangis. kenapa bukan mama dia saja yang pergi sini,bawa anak dia pergi sini, kami boleh tengok sendiri apa sakit anak dia. sebab kalau tida teruk itu sakit kena ikut giliran mau masuk dalam.

KELUARGA : indada bah IC kami.

P : bah, suda kamu sampai sini, alang- alang la daftar terus ba kalau ada yang sakit..

KELUARGA : iya la tohh.

macam keluarga tu berbincang sesuatu.30 minit kemudian giliran diorang tiba.
dengan slumber mama tu buka kain dari badan anak yang didukungnya,
WADUHHH...apakah tahan dan B****nya si mama tu menunggu giliran lagi sedangkan anak dia berlawan dengan kesakitan.. bila ditanya betul-betul, anak diorang tu cuba menghidupkan enjin bot, dan tiba2 budak tu tidak dapat mengawal keberatan enjin bot itu dan jatuh kearah enjin yang sedang hidup..
Begini la keadaan luka budak tu..tapi si mama,gara2 tiada IC sanggup tunggu lama terima rawatan, sedangkan luka budak ini boleh didahulukan untuk terima rawatan.nasib baik tidak bergiuk.. ngekkkk
Keadaan luka budak tu selepas dibershikan dari jangkitan kuman, dijahit..

     Masa budak ini dirawat 1 orang pun keluarganya tidak kelihatan, semua lari entah kemana,selepas 1 jam kemudian, mamanya datang, bayar rm50 sebagai kos rawatan non-local,ambik budak ni and terus pergi..
    Ok jga la sebab budak ni, masa rawatan dia langsung tidak menangis, melawan, dan boleh dikatakan sebagai RAMBO sebab sudah diberi LA pun dia masi sedar..tahan gila siottt budak ni..



No comments:

Post a Comment