Strawberi Cinta
Sinopsis: Ichigo gadis dari Jepun berusia 25 tahun datang ke
Malaysia untuk mencari ibu kandungnya yang terpisah sejak dia berumur 7
tahun. Ibunya, Rozita berkahwin dengan bapanya yang bernama Hiroshi
Yamada atau nama Islamnya ialah Marzuki Abdullah ketika ayahnya berkerja
di Malaysia. Keluarga Rozita menghalang dia berkahwin dengan Hiroshi
lantas mereka membuat keputusan untuk kahwin lari di Thailand dan
berhijrah ke Jepun. Apabila Ichigo berusia 10 tahun, ibunya Rozita
pulang ke Malaysia kerana menerima khabar bahawa neneknya meninggal
dunia. Namun selepas itu Rozita tidak pulang-pulang ke Jepun semula.
Apabila Ichigo berada di Malaysia, dia mengikuti pakej pelancongan oleh
Syarikat Strawberry Vanilla. Ichigo berbicara menggunakan Bahasa
Inggeris dan Bahasa Melayu kerana dia masih ingat sedikit sebanyak
ajaran ibunya. Di situ dia bertemu dengan Hakimi, seorang pemandu
pelancong. Apabila Ichigo berkenalan dengan Hakim, dia berasa tertarik
dengan keperibadian Hakimi. Hakimi merupakan seorang pemuda berusia 26
tahun dan taat pada perintah Allah. Namun Hakimi bukanlah seorang ustaz
mahupun alim ulama. Ichigo berasa tertarik kerana sebelum Rozita hilang,
Ichigo mengamalkan gaya hidup Islam. Hiroshi pula, setelah isterinya
hilang, dia tidak lagi mengamalkan gaya hidup Islam dan Ichigo juga
mengikut bapanya. Hakimi selaku pemandu pelancong membawa rombongannya
melawat beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur. Apabila mereka
melawat Masjid Negara dan Putrajaya, Ichigo berasa sesuatu. Apabila dia
terdengar laungan azan dan orang mengaji, Ichigo teringat ketika ibunya
masih bersama mereka dan mengajarnya membaca muqaddam. Hakimi perasan
dengan kelainan Ichigo apabila dia melihat masjid namun Hakimi tidak
memaksa Ichigo. Hakimi dan Ichigo kadangkala berkongsi dan bertukar
fikiran mereka mengenai kehidupan di Bumi dan alam selepasnya. Ichigo
berasa tertarik dengan pengetahuan Hakimi yang luas dan tidak bias.
Hakimi juga berasa tertarik dengan Ichigo kerana Ichigo bukanlah gadis
yang polos dan tidak tahu apa-apa. Ichigo ada pandangannya tersendiri
tentang kehidupan di dunia ini dan Hakimi berasa kagum dengan falsafah
kehidupan Ichigo. Walaupun rupa paras Ichigo yang kelihatan
lemah-lembut, namun keperibadian Ichigo berbeza kerana dia lebih berani.
Tetapi kadangkala Hakimi berasa pelik kerana Ichigo akan hilang pada
seperti 1 hari atau setengah hari sepanjang pelancongan mereka. Hakimi
ingin bertanya tetapi dia tidak mahu dikatakan masuk campur urusan
Ichigo. Apabila masa pelancongan mereka sudah tamat, Ichigo tidak
muncul. Hakimi tertanya-tanya di manakah Ichigo pergi. Hakimi membuat
kesimpulan bahawa Ichigo sudah pulang ke Jepun. Namun Hakimi terkejut
apabila dia terserempak dengan Ichigo yang nampak keliru. Hakimi membawa
Ichigo pulang ke rumah keluarganya. Di situ Ichigo berterus terang
kepada Hakimi yang dia sedang mencari ibu kandungnya. Hakimi berjanji
untuk menolong Ichigo. Sepanjang Ichigo duduk bersama keluarga Hakimi,
Ichigo sentiasa teringat kenangannya bersama ibunya dan Ichigo ingin
lagi mengenali budaya Melayu dan Islam. Keluarga Hakimi juga
mengalu-alukan kedatangan Ichigo ke rumah mereka dan tidak lokek
berkongsi maklumat dan bertukar pandangan. Akhirnya Hakimi mendapat
maklumat bantuan dari rakannya bahawa Rozita berada di Melaka. Mereka
segera pergi alamat yang di beri. Ichigo pada mulanya berasa ragu-ragu
kerana bimbang ibunya tidak menerima kehadirannya namun setelah dipujuk
oleh Hakimi, Ichigo memberanikan diri. Apabila Ichigo mengenalkan
dirinya kepada Rozita, Rozita sangat terkejut. Rozita lantas memeluk
Ichigo. Mereka berdua menangis dan Rozita tidak habis meminta maaf.
Rozita memberitahu bahawa apabila dia pulang ke Malaysia 18 tahun lalu
sebab menerima berita ibunya sudah meninggal. Kemudian apabila dia ingin
pulang ke Jepun, dia menerima khabar yang tempat tinggalnya di sana
ditimpa gempa bumi. Apabila dia ke sana, semua jiran tetangga mengatakan
Ichigo dan bapanya meninggal dunia. Rozita pulang ke Malaysia dalam
keadaan hati yang sedih. Ichigo meminta maaf kerana dia salah sangka
yang Rozita lari meninggalkan keluarganya. Kemudian seorang anak
perempuan Rozita, Najwa keluar dari rumah apabila mendengar ibunya
menangis. Rozita memberitahu Najwa bahawa Ichigo adalah kakak tirinya.
Pada mulanya Najwa agak terkejut namun dia dapat menerima kehadiran
Ichigo. Setelah bertemu Rozita, Ichigo segera menelefon bapanya,
Hiroshi. Ichigo menceritakan segalanya tentang kenapa Rozita tidak
pulang. Hiroshi menangis dan kemudian dia berkata dia teringin untuk
berjumpa Rozita dan keluarganya. Ichigo berjanji dia akan membawa
ayahnya berjumpa ibunya. Pada hari Ichigo ingin pulang ke Jepun,
keluarga Rozita dan keluarga Hakimi menghantarnya. Ichigo mengucapkan
terima kasih kepada keluarga Hakimi kerana melayannya dengan baik.
Kemudian Ichigo berkata kepada Rozita bahawa dia akan kembali semula ke
Malaysia untuk membawa ayahnya. Hakimi menghantar Ichigo hingga ke pintu
masuk untuk penumpang. Ichigo bertanya adakah Hakimi akan menunggunya.
Hakimi menjawab dia akan menunggu Ichigo dan mungkin akan membawa
kejutan sekali.
Link to download
Uploadcore
http://adf.ly/GXFRO
project free upload
http://adf.ly/GXFVY
Billions uploads
http://adf.ly/GXFYj
No comments:
Post a Comment