Wednesday, December 26, 2012

Strawberi Cinta (New Movies 2012)

Strawberi Cinta 
Sinopsis: Ichigo gadis dari Jepun berusia 25 tahun datang ke Malaysia untuk mencari ibu kandungnya yang terpisah sejak dia berumur 7 tahun. Ibunya, Rozita berkahwin dengan bapanya yang bernama Hiroshi Yamada atau nama Islamnya ialah Marzuki Abdullah ketika ayahnya berkerja di Malaysia. Keluarga Rozita menghalang dia berkahwin dengan Hiroshi lantas mereka membuat keputusan untuk kahwin lari di Thailand dan berhijrah ke Jepun. Apabila Ichigo berusia 10 tahun, ibunya Rozita pulang ke Malaysia kerana menerima khabar bahawa neneknya meninggal dunia. Namun selepas itu Rozita tidak pulang-pulang ke Jepun semula. Apabila Ichigo berada di Malaysia, dia mengikuti pakej pelancongan oleh Syarikat Strawberry Vanilla. Ichigo berbicara menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu kerana dia masih ingat sedikit sebanyak ajaran ibunya. Di situ dia bertemu dengan Hakimi, seorang pemandu pelancong. Apabila Ichigo berkenalan dengan Hakim, dia berasa tertarik dengan keperibadian Hakimi. Hakimi merupakan seorang pemuda berusia 26 tahun dan taat pada perintah Allah. Namun Hakimi bukanlah seorang ustaz mahupun alim ulama. Ichigo berasa tertarik kerana sebelum Rozita hilang, Ichigo mengamalkan gaya hidup Islam. Hiroshi pula, setelah isterinya hilang, dia tidak lagi mengamalkan gaya hidup Islam dan Ichigo juga mengikut bapanya. Hakimi selaku pemandu pelancong membawa rombongannya melawat beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur. Apabila mereka melawat Masjid Negara dan Putrajaya, Ichigo berasa sesuatu. Apabila dia terdengar laungan azan dan orang mengaji, Ichigo teringat ketika ibunya masih bersama mereka dan mengajarnya membaca muqaddam. Hakimi perasan dengan kelainan Ichigo apabila dia melihat masjid namun Hakimi tidak memaksa Ichigo. Hakimi dan Ichigo kadangkala berkongsi dan bertukar fikiran mereka mengenai kehidupan di Bumi dan alam selepasnya. Ichigo berasa tertarik dengan pengetahuan Hakimi yang luas dan tidak bias. Hakimi juga berasa tertarik dengan Ichigo kerana Ichigo bukanlah gadis yang polos dan tidak tahu apa-apa. Ichigo ada pandangannya tersendiri tentang kehidupan di dunia ini dan Hakimi berasa kagum dengan falsafah kehidupan Ichigo. Walaupun rupa paras Ichigo yang kelihatan lemah-lembut, namun keperibadian Ichigo berbeza kerana dia lebih berani. Tetapi kadangkala Hakimi berasa pelik kerana Ichigo akan hilang pada seperti 1 hari atau setengah hari sepanjang pelancongan mereka. Hakimi ingin bertanya tetapi dia tidak mahu dikatakan masuk campur urusan Ichigo. Apabila masa pelancongan mereka sudah tamat, Ichigo tidak muncul. Hakimi tertanya-tanya di manakah Ichigo pergi. Hakimi membuat kesimpulan bahawa Ichigo sudah pulang ke Jepun. Namun Hakimi terkejut apabila dia terserempak dengan Ichigo yang nampak keliru. Hakimi membawa Ichigo pulang ke rumah keluarganya. Di situ Ichigo berterus terang kepada Hakimi yang dia sedang mencari ibu kandungnya. Hakimi berjanji untuk menolong Ichigo. Sepanjang Ichigo duduk bersama keluarga Hakimi, Ichigo sentiasa teringat kenangannya bersama ibunya dan Ichigo ingin lagi mengenali budaya Melayu dan Islam. Keluarga Hakimi juga mengalu-alukan kedatangan Ichigo ke rumah mereka dan tidak lokek berkongsi maklumat dan bertukar pandangan. Akhirnya Hakimi mendapat maklumat bantuan dari rakannya bahawa Rozita berada di Melaka. Mereka segera pergi alamat yang di beri. Ichigo pada mulanya berasa ragu-ragu kerana bimbang ibunya tidak menerima kehadirannya namun setelah dipujuk oleh Hakimi, Ichigo memberanikan diri. Apabila Ichigo mengenalkan dirinya kepada Rozita, Rozita sangat terkejut. Rozita lantas memeluk Ichigo. Mereka berdua menangis dan Rozita tidak habis meminta maaf. Rozita memberitahu bahawa apabila dia pulang ke Malaysia 18 tahun lalu sebab menerima berita ibunya sudah meninggal. Kemudian apabila dia ingin pulang ke Jepun, dia menerima khabar yang tempat tinggalnya di sana ditimpa gempa bumi. Apabila dia ke sana, semua jiran tetangga mengatakan Ichigo dan bapanya meninggal dunia. Rozita pulang ke Malaysia dalam keadaan hati yang sedih. Ichigo meminta maaf kerana dia salah sangka yang Rozita lari meninggalkan keluarganya. Kemudian seorang anak perempuan Rozita, Najwa keluar dari rumah apabila mendengar ibunya menangis. Rozita memberitahu Najwa bahawa Ichigo adalah kakak tirinya. Pada mulanya Najwa agak terkejut namun dia dapat menerima kehadiran Ichigo. Setelah bertemu Rozita, Ichigo segera menelefon bapanya, Hiroshi. Ichigo menceritakan segalanya tentang kenapa Rozita tidak pulang. Hiroshi menangis dan kemudian dia berkata dia teringin untuk berjumpa Rozita dan keluarganya. Ichigo berjanji dia akan membawa ayahnya berjumpa ibunya. Pada hari Ichigo ingin pulang ke Jepun, keluarga Rozita dan keluarga Hakimi menghantarnya. Ichigo mengucapkan terima kasih kepada keluarga Hakimi kerana melayannya dengan baik. Kemudian Ichigo berkata kepada Rozita bahawa dia akan kembali semula ke Malaysia untuk membawa ayahnya. Hakimi menghantar Ichigo hingga ke pintu masuk untuk penumpang. Ichigo bertanya adakah Hakimi akan menunggunya. Hakimi menjawab dia akan menunggu Ichigo dan mungkin akan membawa kejutan sekali.
  












Link to download
Uploadcore
http://adf.ly/GXFRO

project free upload
http://adf.ly/GXFVY

Billions uploads
http://adf.ly/GXFYj

Tai Chi Zero (New Movies 2012)

Tai Chi Zero






































Link to download
Upgrand :
part 1 :http://adf.ly/GQ0rY
part 2 : http://adf.ly/GQ0ss

Embeduplod
part 1 :http://adf.ly/GQ0b9
part 2 : http://adf.ly/GQ0cJ

New Neymar Face For Pes2013

  New Neymar Face.
 Link to download.
 http://www.mediafire.com/?v693e4cifygdr34

Pro Evolution Soccer 2013 Patch Version 2.00 + 2.01

PESJP PATCH 2013 VERSION 2.00 + Update 2.01
PESJP PATCH 2013 VERSION 2.00 + Update 2.01

New league :

Liga Adelante : 18 teams
Serie B : 18 teams
Brazilian Serie B : 18 teams
J.League division 2 : 22 teams
U23 : 7 teams

New features :

League server : allow to add unlimited LEAGUE
Ingame league switcher : allow to switch between 5 “2nd division league” which want to play in FL mode
Kitserver 13.1.2.0 : support euro kits
Gameplay tool 2.01 : update adboard server + chantserver
Ingame stadium switcher
Stats Switcher : between KONAMI default & PSD
More 90~ new teams included Classic Japan
Real UEFA CL mode : full 32 real teams in UEFA CL
Will be able to transfers in ML with Copa Liberadores teams
Update Master League real boots option
4500 new faces & hairs
1000~ new players
Added many young players
12 scoreboards
Adboardserver : support team’s adboard
New referee kit assign for big leagues
Realistic replay logo for EPL, Liga BBVA, Bundesliga, Serie A
Banner-server : realistic banner patch for over 120 teams
81 HD boots
Correct home ground for almost teams


part 1 :http://www.sendspace.com/file/i4yjim
part 2 :http://www.sendspace.com/file/j1f61e
part 3 :http://www.sendspace.com/file/1tac4j
part 4 :http://www.sendspace.com/file/fnyjvn
part 5 :http://www.sendspace.com/file/f2n7t0
part 6 :http://www.sendspace.com/file/h1v5b3
part 7 :http://www.sendspace.com/file/hlvnhm
part 8 :http://www.sendspace.com/file/s95tc0
part 9 :http://www.sendspace.com/file/2herqz
part 10  :http://www.sendspace.com/file/4wshtb

(Update 2.01 : fix boot pack)
http://www.sendspace.com/file/l13jg8 

 

Monday, December 17, 2012

Apa Hidup Ini?

   
    Saya pernah terfikir, Apa sebenrnya objktif untuk kita hidup di dunia ni?? kadangkala, saya lalai dengan apa benda yang  benar dan yang palsu. saya bezakan yang benar dengan yang benar dan yang palsu dengan yang palsu. lalai?? adakah ia sebahagian daripada sikap lalai saya? mungkin ya, dan mungkin tidak. dan persoalan ini juga la yang membuatkan saya selalu terfikir, yang mana sepatutnya jawapan untuk saya. 
    Aman? bagi kamu aman itu apa?, lebih senang perkataan aman ini digambarkan dengan suasana sesuatu keadaan dan tempat, mengenai kesenangan seseorang, dan mungkin lagi tepat, sesuatu yang senyap. Hidup perlukan keamanaan, saya tertarik melihat orang sekeliling kerana mereka sentiasa kelihatan faham dan tahu bagaimana menggunakaan perkataan AMAN ini.
    Diri saya?? acap kali perkataan ingin tahu, apa sebenrnya objkti untuk kita hidup dalam dunia ini? 
Aman? perkataan ini juga yang selalu bermain di minda saya, bagaimana menggunakaan AMAN ini dengan sebaik-baiknya?.
    Saya pernah terfikir, jika 2 perkara ini tiba-tiba sahaja lenyap dalam dunia ini, mungkin saya la orang yang paling bertuah dalam dunia ini, dan merasakan dunia ini seperti kepunyaan saya. orang-ornag ramai pula yang sentiasa pandai dan bijak menggunakaan 2 perkara sebelum ini pasti akan merasakan mereka adalah orang yang paling bodoh,rugi, dan hidup tanpa arah.
    Keinginaan. saya hidup seperti anak lembu yang baru dilahirkan, tidak tahu apa benda di hadapan, tidak tahu bagaimana menggunakan fungsi badan yang sepatutnya, dan tidak tahu apa kenapa saya dilahirkan. keinginaan ini la yang selalu membuatkan saya merasa diri ini seperti terumbang-ambing.
    Kesedaran, saya sedar ,setiap nafas yang dilahirkan di dunia ini pasti ada objktif untuk  mereka dilahirkan. dan mereka mahukan keAMANan. diri saya sendiri, saya bertanya, kenapa saya selalu berfikir dan mempersoalkan 2 perkara ini sedangakn 2 perkara ini sudah lama wujud dalam dunia ini. 2 perkara ini lah yang buat saya seperti benci pada diri sendiri.
     Melihat kesenangan, ketawa, tangisan, setiap nafas di depan saya pasti akan membuatkan saya seperti saya sudah tidak layak lagi untuk terus berdiri di depan mereka. seinci demi seinci pemandanagn mata ini seperti mengundur, fikiran akan kosong dan cuma dipenuhi dengan 2 perkara ini.
     Saya bingung dengan keadaan hidup saya, 2 perkara ini telah buat saya seperti saya lah orang paling belakang dalam dalam setiap nyawa di bumi ini. saya sentiasa perlukan pertolongan dalam setiap inci hidup saya.

    

Cinta, Apa Itu Cinta?

Apa Itu Cinta
Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Cinta Bersedia
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Itu Indah
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta  Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Tuesday, December 4, 2012

Tak tahan puasa

     Video ni kami TERtangkap semasa menjalani latihan klinikal di salah sebuah hospital ************.
waktu itu jam telah menunjukkan waktu yang paling strategik untuk berehat,
jadi nya kami pun berehat dengan riang ria sekali setelah penat dan letih bercampur tired membuat tugasan harian yang diarahkan oleh kaki dan tangan pihak hospital tersebut.
      Sebenarnya pihak hospital tersebut membenarkan setiap pelatih kesihatan mengambil rehat di ruangan kantin tersebut selepas selesai membuat kerja disebabkan ruangan sebenar untuk berehat sentiasa akan penuh dengan kaki dan tangan di situ.
      Rasa-rasanya kejadian pelik ini terjadi, kalu tak silap saya, pada tahun ini juga..ngekkk...
dan berjam waktu petang, tetapi jam dinding hospital di situ menunjukan iaitu jam 11.25 tapi tidak pasti samada 11.25 tu waktu malam atau  pagi, maklum la batrei da habis.
      Ok la, berbalik kepada cerita, waktu itu kami sangat penat dan mengambil rehat untuk memulihkan tenaga dalaman, sambil rehat tu, saya dan kawan sorang lagi bertanding kamera hanphone siapa paling terang, agak-agaknya belum sampai 10 minit, pemenang hanphone kamera paling terang pun belum diketahui, kami terlelap dengan bunyi dengkuran yang boleh dikatakan cute juga.
      Dimasa kami terlelap tu, tak sedar pla kamera handphone tu masi terbuka, hingga la ketika itu kami dikejutkan oleh kaki dan tangan hospital tersebut untuk membeli makanan untuk berbuka puasa, lupa pla waktu itu adalah waktu bulan puasa.
     Endingnya pun kami terus bangun sehinggakan air liur yang bertakung di atas meja tidak sempat kami bersihkan dan lintang pukang terus mencari pintu keluar untuk membeli makanan di bazar. maklum la perut sda kelihataan amat slim keadaan badan pula sda di tahap Hypoglycaemia.,
     Akhirnya waktu berbuka sda tiba, perut pun terasa riang sekali, handphone saya tiba-tiba berbunyi secara mengejut, hampir-hampir saya mengalami Hypertension gara-gara bunyi mesej tersebut, saya membaca mesej yang baru dihantar, rupa-rupanya mesej itu dihantar oleh teman wanita saya. nasib baik teman wanita kalu bukan mesti da aku maki2 penghantar mesej itu.
     Mesej punya mesej, selesai juga saya membalas pantun-pantun 2 kerat yang dilemparkan oleh teman wanita terhadap saya. cek punya cek dalam hanphone tu, akhirnya saya terjumpa rakaman misteri ini yang ditangkap semasa kami nyenyak berdengkur.
    Dan ini la details video tersebut selepas menganalis rakam yang ditangkap secara tidak tersengaja.



Title : Tak tahan puasa
Length : 00:22 saat
Time : 16:10pm
Date : -/ - /2012
Resolution : 640 x 450 mp
Taken : 007 (Bond, James Bond)



Monday, December 3, 2012

Hari selasa.

    Hari ini adalah hari paling malas untuk saya menjalankan aktiviti, terutamanya aktiviti berkaitan dengan pelajaran, 
    Kemalasan, kebosanan, kemengantukan, kelaparan, kebingungan dan yang sewaktu denganya sentiasa menyelubungi diri di hari ini iaitu hari SELASA.
    Smestinya orang-orang lain juga mempunyi hari-hari tersendiri berkenaan hari yang mereka paling benci..
    
 Mengapa saya benci hari selasa???? 

1. Terpaksa bangun awal pagi untuk belajar.

2. Hari selasa masih terlalu lama untuk menunggu hari hujung minggu


3. Ramai orang berperasaan malas seperti saya.

4. Makan makanan yang sama.

5. terasa sangat bulan tu terlalu tua (Bulan Tua@Pokai)

6. Meluat tengok kawan-kawan yag lain bersemangat datang belajar awal pagi

7. Datang kelas awal pagi, balik pun awal, menggangu waktu tidur saja.

8. Datang kelas awal pagi, balik awal, last-last lectru pandai-pandai nak tambah kelas pla..

9. Baju sekejap kotor, kena basuh balik.

10. Bunyi hari selasa begitu menyeramkan seperti hampir2 bunyi selesa, sedangkan saya langsung tidak selesa denagn hari selasa.


   

Sunday, December 2, 2012

Alam Misteri

     Kisah ni berlaku pada tahun 2011, ketika saya dan 2 orang kawan menghadiri satu majlis perkhawinan seorang saudara mereka, majlis perkhawinan itu dilangsungkan di daerah yang amat jauh dari bandar besar, nak tahu di mana daerah tu?? sebuah daerah di negeri sarawak iaitu daerah kapit, 
     Perjalanan untuk menuju ke daerah itu saja dari bandar besar sibu sudah mengambil masas 4 jam, dengan menaiki feri. kejang pungung ni duduk lama-lama sambil kepala pula sentiasa rasa pening disebabkan feri yang bergoyang-goyang dipukul air deras.
     Setibanya pula di pekan kapit, kami diarahkan turun dari feri, lega rasanya sebab akhirnya dapat juga kami lari dari kekejangan pungung dan pening-pening kepala, lepas tu kaundaktor tu mengeluarakan suara yang nyaring lagi pekat dengan loghat sarawakannya tu ,ingatkan kami suda sampai di tanah besar tempat majlis perkhawinan tu dilangsungkan, rupanya kami cuma diarahkan mengambil rehat selam sejaam..
     Selepas 2 jam kemudian akhirnya sampai juga kami di tempat dituju, dimana destinasi itu dianggap sebagai penyelamat-penyelamat kepada punggung yang memerlukan pertolongan. selamat punggung ni daripda terus dibelengu kekejangan yang hampir boleh menyebabkan tisu punggung rosak dan menyebabkan penyakit gangrene berlaku akibat kekurangan supply oxygen pada tisu punggung.
     Jadi, tanpa membuang masa yang banyak saya terus la  beralih kepada motif sebenar penceritaan saya ini.
     Sebenarnya saya ingin kongsikan sebanyak-sebanyak dan sedikit-sedikit mengenai gamabr yang kami tertangkap masa membuang masa berjalan-jalan di sebuah perkampungan di daerah tersebut. saya harap respon yang kamu bagi amat berguna, dengan tajuk gambar tersebut ialah,
                     "Bagaimana Dan Mengapa kami Boleh Tertangkap Gambar Sebegini"
Perhatikan baik-baik gambar yang kami tangkap menggunakan kamera Handphone nokia 6500-s.. .

Saturday, December 1, 2012

Mari Bacca Cerita Lawak 4

  LELAKI MITHALI

       Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab exclusive lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym, tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan sepert berikut…
“Hello?”
“Abang, ni sayang ni,”
“emmm… “
“Abang masih ada di kelab lagi ker?”
“Iya.”
“sayang sekarang ni berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru… cantik bang, boleh ke sayang beli?”
“Berapa harga nya?”
“Cuma $1500.00 aje”
“O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat”


“Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001. Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price… lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu..”
“Berapa harga yang dia bagi?”
“Cuma $280,000… “
“O.k tapi pastikan harga tu dah on the road.”
“Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi… “
“Apa?”

     “Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan… pagi tadi sayang singgah di pejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu, sekarang nie untuk dijual!! Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu.. cantik kan bang.”
    “Berapa harga yang mereka minta?”
“Cuma $740,000… o.k kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu.”
    “Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?

“OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!”
“Bye… I Love you too… “
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone… .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut:


                      “ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NI SIAPA PUNYA?”

Mari Baca Cerita Lawak 3

5+5 = 11 

Sani murid tahun 2 yang agak lembab dan suka nyediri. Cik gu yang palig dia takut ialah Cik gu Kumar, guru mate sekolahnya. Dengar suara Sir Kumar menengkig rasa nak terkencing.. . suatu hari Sir Kumar memulakan kelas dengan menguji kecekapan conggak. semua murid berdiri dan kalau tak dapat jawab, berdiri atas kerusi. semua murid mesti jawab spontan.. tak boleh kira..
bila tiba giliran Sani, Sir Kumar menengking 5 + 5 berapa ? cepat!!!!!. Sani cuba mengira secara sorok. Dia masukkan kedua-dua tangannya dalam kocek seluar. Bergerak-gerak seluarnya kerana menghintung. .. rasa nak terkencing pun ada sebab takut... Sir Kumar senyum melihat telatah Sani. Cepat Sani.. 5 + 5 berapa.. 11 cikgu... ..
Sir Kumar senggih sambil keluar kelas... .

Malam Merdeka Kami.

     Saat berganti saat, minit berganti minit, jam berganti jam, malam berganti siang, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun,emmm apa lagi???
      Peristiwa itu tetap masih fresh di kepala hotak saya, peristiwa tu berlaku pada malam merdeka tahun 2008, saya dan 4 orng kawan yang lain baru mendapat gaji hasil titik peluh dan air liur yang bercurah-curah entah kemana dicurahnya, malam tu kami bercadang untuk menyambut hari merdeka di padang merdeka kota kinabalu,
     Tetapi disebabkan waktu sambutan ditetapkan pada tengah malam iaitu jam 12.00am, waktu hantu-hantu bangun pagi, kami memilih idea untuk membuang masa sekejap dengan berparti di pantai tanjung lipat dengan berbekalkan minuman-minuman yang kurang enak seperti, Harimau, BuduWeiser, Aisberg dan yang sebangsa dengannya.
      Waktu parti yang simple-nyimple sja tu, kami suda rasa seperti pantai tu kami yang punya, sehingga ada kawan menjadikan pantai sebagai toiletnya walaupun disebalik tabir pantai tu ada makhluk lain lagi yang sedang memancing ikan jerung.
       Sungguh meriah sangat untuk kami ber-5 sekawan meraihkan malam tu, ketawa tak tentu pasal, bekerjar-kejar sambil menyanyikan lagu Ajai Dan Nurul, bergolek-golek di pantai walaupun tidak tahu mana titik point sebenar lokasi yang dijadikan oleh kawan sebagai toiletnya. Hantam ja laaa.
        Best sungguh malam tu, akhirnya alarm yang disetkan untuk berbunyi menunjukkan tepat jam 11.50 malam. Tidak kemana2, kami belarian lintang pukang mencari kereta yang diparking oleh kawan, malam sungguh gelap ditambah pula mata yang semakin sepet gara-gara tindak balas kuasa minuman Harimau tu.
        Akhirnya kami berjaya menemui tempat kereta tu menyorok, kami pun menaiki kereta itu dengan hati yang terbuka walaupun hotak dikuasi kuasa minuman Harimau. 
        Tanpa segan silu pula si driver ne pantas dan amat cekap untuk memandu kereta mitsubshi nya.. tanpa mengikut prosedur yang betul untuk memandu, di memecutkan keretanya sehingga 5 kali kelajuan harimau, rasa takut tu memang ada dengan cara pemanduannya, tapi mata hotak sda jadi mata hotak Harimau jalan raya pun kira Harimau yang punya jga..
        Makin lama makin laju tahap semput harimau tu bergerak, setibanya saja di trafik light KPD berhampiran dengan pelabuhan kota kinabalu, lampu trafik tu menunjukkan warna merah iaitu tanda untuk berhenti, tetapi hotak da jadi harimau, kelajuan pun sukar suda untuk direndahkan, jadi jalan tu kira kami yang punya.
       Baru sahaja masuk simpang tu tiba-tiba kedengaran bunyi BOOOOOOOOMMMMM. saya terus bangun dari igauan harimau, kehairanan menyelubugi hotak saya, sambil mertanyakan kepada yang lain, "uikkk kenapa saya bleh ada di depan pula ni,tadi kan saya duduk d penumpang belakang" tapi seorang kawan pun tiada yang menjawab, dan terasa pula hidung ni sejuk, dan cecair tu keluar terus menerus, penglihatan pula semakin kabur, kedengaran cermin belakang kereta seperti dihentak dengan benda keras sambil kedengaran surara bertanyakan keadaan kami.
       Saya dapat rasakan kaki saya berada di atas badan salah seorang kawan saya,kepala saya pula betul-betul berada di bawah badan seorang kawan lagi, saya bersyukur pada Tuhan, mungin tuhan mahu saya sedar masa tu, dan saya betul2 sedar dan dapat menjawab panggilan orang di luar, saya bangun dan capai tingkap cermin hadapan yang pecah untuk kelaur dari kereta itu,
       Saat saya menyentuh jalan raya tu, saat itu juga saya rasa saya bukan lagi di kawal oleh minuman harimau itu, saya begitu sedar, rupanya kami baru saja melanggar sebuah kereta Toyota D-Max.
orang ramai cuba angkat saya dan menenangkan sya, 
       Dan orang ramai yang lain pula sedang bertungkus lumus memecahakan pintu kereta  untuk mengeluarkan kawan-kawan yang lain, masa saya tengok keadaan kereta tu dan kawan lain yan masih berada di dalam, saya rasa seperti tiada harapan, kejantanan saya tercabar jga masa tu, saya menangis di samping orang yang memegang saya, dan merayu supaya selamatkan kawan yang lain, seperti 5 minit kemudian salah satu pintu tu terbuka, dan saya nampak 1 pasang kasut dihumaban keluar dari dalam kereta, sejuta persoalan di kepala sya, "siapa yang umban kasut tu???", 
      Salah seorang dari orang yang membantu tu tiba-tiba bertanya "tidak apa, biar saya angkat kamu"
rupanya seronga kawan saya sda sedar walaupun muka berlumuran darah,, dan 1 persatu kawan2 saya keluar dengan bantuan orang ramai, mereka semua sedar walaupun muka badan berlumuran darah, 
       Bersyukur sangat dengan tuhan, sebab saya dapat dengar suara yang lain. bersyukur jga dengan tuhan sebab bagi kami peluang untuk ucap terima kasih kepada orng yang membantu kami.. 
        Selepas kawan-kawan yang lain sda dihatar ke hospital, mula la mata saya menjadi pitam, tangan kiri saya terasa sangat skitnya. kami dihantar ke hospital, masa tu juga kami diceramah oleh doktor dan kakitangan hospital tu. sekali lagi terima kasih kepada orang ramai yang membantu dan bersyukur sepada tuhan sebab bagi kami peluang untuk terus hidup.
        Sampai sekarang, kalau terasa ingin minum minuman tu lagi, kami cuma berkurung dalam rumah, dengna kata lain kami melayan harimau di dalam rumah sahaja. dan sebab peristiwa tu jga, kadang-kadang saya trauma naik kereta laju, apatalagi yang memandu tu belagak champion. famly saya pla berkeras tidak mahu benarkan saya bawa kereta sampai la sekarang, famly saya cakap, tiada peluang untuk kali kedua, buang duit kalau kereta hancur.. hahaha..Thanks GOD..

Orang Kita

 ORANG KITA

Makan pakai tangan
Suka makan belacan
Jumpa ucap salam
Adalah....
Orang kita

Pandai bikin tapai
Suka ramai-ramai
Kacang ampai-ampai
Adalah...
Orang kita

Orang kita.....
Jaga-jagalah budaya kita
Orang kita.....
Jaga-jagalah budaya kita

Orang kita
Kita orang
Orang kita
Kita orang
Orang kita...hei, hei!

Hisap sigup kirai
Sungip sisip mulut
Pakai gigi emas
Adalah...
Orang lama

Laksmana Hang Tuah
Paduka Mat Salleh
Si Aki Antanom
Adalah...
Orang kita

Orang kita.....
Ingat-ingat asal-usulnya
Orang kita.....
Ingat-ingat asal-usulnya

Orang kita
Kita orang
Orang kita
Kita orang
Orang kita...hei, hei!

(orang kita, kita orang solo)

Sifat rendah diri
Hormat-menghormati
Berbudi pekerti
Adalah...
Orang kita

Pura-pura lupa
Suka angan-angan
Lupa asal-usul
Adalah...
Orang kita

Orang kita.....
Ingat-ingat asal-usulnya
Orang kita.....
Ingat-ingat asal-usulnya

Orang kita
Kita orang
Orang kita
Kita orang
Orang kita
Kita orang
Orang kita...hei, hei, hei!

Mari Baca Cerita Lawak 2

Jam pukul lima petang,aku masih takde ape ape nak buat,kebosanan melampaui tahap maksima.jiwa aku mula memberonatakaku keluar rumah untuk lepaskan tekanan dalaman.

aku bersiar di taman.gile punye boring.takde sorang pun kat situ hanya sorang dua anjing yang bermain buaian.benci aku lihat mereka,bermain main manja dengan manja di buaian itu. aku geram dan terus mencetuskan konspirasi.anjing itu menggigit tulang belakang aku dan mematahkan pusat aku. tapi aku masih gagah,mereka geram dan terus menyerang aku dengan riang liar.


aku dengan kebuasan sejati terus lantas mencekik kerongkong mereka dan menghantukkan kepala diorang kat tiang buai 8 kali.kepala diorang retak dan pecah, otak diorang pun tumpah ke tanah.anjing anjing itu terkejut.aku pun terkejut.diorang berdiri ketakutan.aku pun begitu juga.aku apa lagi,lari terus.melihatkan aku lari diorang pun nak ikut jugak.aku marah dan suruh mereka buat benda lain.mereka bersetuju dan membuat keputusan untuk menyorok di dalam tong sampah.mereka menyorok dengan penuh ketakutan.aku terus berlari melintas jalan raya besar.


sejenak aku pandang depan,seekor lori balak menuju ke arah aku dengan penuh ghairah sekali.aku dapat rasakan nafsu kelajuan pada lori itu.aku tak dapat elak lagi.tetiba lori tu belok ke tepi dan pulak melanggar sebuah makcik tua dan cucunya.lori itu melenyek kuku cucunya,lalu makcik tu naik minyak dan mengejar pemandu lori tu.lori itu juga turut memusnahkan perkampungan lipan di tepi jalan itu.berbalik pula ke makcik tu semula,dgn penuh kerakusan minda yg dikuasai rasa kejijikan pasrahan emosi.,makcik itu akhirnya berjaya menangkap pemandu lori tu dan mengikatnya di dalam longkang.air yang mengalir terus memasuki hidung pemandu dan sampai ke serebrumnya.makcik tua itu kemudiannya ditahan polis dan dijatuhi hukuman penjara 3 hari dan hukuman rotan pusat 2 kali setiap hari lepas makan dan didenda rm12.80 kerana menyebabkan huru hara.melihat kejadian...

aku berdiam diri dan pulang ke ruamh. dalam kekalutan itu, aku berhenti sebentar di gerai ramli sirap untuk menikmati cendol ayam perasa kambeng.dah habis makan ja aku pulang terus ke rumah seperti biasa.kebiasaan sikapku itu mula dicurigai oleh sekumpulan pesawah padi yang menganggotai pasukan gerila nanas yg memberontak akibat penanaman nanas beramai ramai di sebuah kawasan pelupusan mayat secara sulit.aku ditahan dan dikurung dalam reban ayam selama 7 hari tanpa makan saja tapi aku diberi minum capuccino dan horlicks untuk menambah tenaga supaya aku dapat menjawab soalan mereka dgn baik.akhirnya tiba hari persoalan,aku dibicarakan dgn liar sekali,pusat dan tangan aku digari supaya tak dapat memberontak.



8 jam berlangsung,aku dpt menjawab semua soalan dgn baik sekali.mereka juga menganugerahkan aku sekeping sijil dan wang tunai rm500..aku pun dilepaskan dan terus pulang ke rumah.aku meneruskan hidup dgn menternak dan mengeksport lipan ke jepun,taiwan dan uganda.hidup aku bahagia dan sentosa hinggalah tak beranak cucu sebab aku tak kawin.


Mari Baca Cerita Lawak

   Pada suatu malam yang sunyi,,aku berjalan di tanah perkuburan.tiba-tiba aku ternampak satu lembaga hitam dibawah sinar bulan mengambang.bulu hidung aku meremang.dengan tampannya aku menuju ke arah itu.tiba tiba ada benda lembik jatuh atas kepala aku.

   aku menjerit dengan kuatnya.tanpa kesangkaan aku dan korang,aku terpeluk lembaga tadi.lembaga itu memandang aku tepat dimataku.aku tergamam.muka orang sungguh menakutkan.tahi lalat di bulu matanya,hingus berleluasa di hidung dan mulutnya. rambutnya tidak terurus disebelah kanan.tapi tersikat rapi di kiri.aku pasti!aku pasti dia adalah seorang syaitan yang dikatakan orang kampung selama ini berkeliaran di perkuburan setiap malam sabtu pukul sebelas malam.aku sengaja jatuh menjelepokkan diri ke tanah untuk membuktikan aku segan dan takut.dia mendekati aku.aku pun mendekati dia.akhirnya di berkata :`lipan awak sihat?`.rupa rupanya dia bekas ketua kampung aku.aku melempang dia sepenuh perasaan dan tenaga.dia mengerti.kemudian dia cerita apasal dia ada kat situ.rupanya dia melawat kubur lipan kesayangannya yang mati dibunuh komunis semasa sedang bermain layang layang.

dia keseorangan diri di situ melayan jiwa yang pasrah .akhirnya dia mati di situ kerana kehilangan air yang banyak dalam badan sebab menangis melebih lebih.aku pulang ke rumah.dah lebih lapan jam jalan aku tak sampai lagi..kerupaannya aku telah tersesat.aku tanya orang ,,tapi ..diorang cakap bahasa ibanis(bangsa kacukan iban dan russia di sepadan russia)akhirnya aku terpaksa menjadi pengemis untuk menyara hidup. 

 

Semporna Sabah








Apa itu asites ???

DEFINISI
Cecair berlebihan dalam ruang antara lapisan tisu perut dan organ-organ abdomen (rongga peritoneal).


PENYEBAB
Seseorang dengan ascites biasanya mempunyai penyakit hati yang teruk. Ascites disebabkan oleh penyakit hati, ia disebabkan oleh tekanan tinggi dalam saluran darah hati (hipertensi portal) dan tahap albumin yang rendah.

Orang yang mempunyai kanser kolon, kanser ovari, kanser endometrium, kanser pankreas, dan kanser berpotensi mendapat penyakit ascites. Syarat-syarat lain yang boleh membawa kepada masalah ini termasuk:

  1. Pembekuan dalam urat hati (trombosis vena portal)
  2. Kegagalan jantung kongestif 
  3. Pankreatitis 
GEJALA
Apabila hanya sejumlah kecil cecair telah terkumpul di dalam perut, mungkin tiada gejala. gejala ini sering berlaku perlahan-lahan atau tiba-tiba.

Sekiranya cecair berlebihan berkumpul di dalam perut, sakit perut dan kembung mungkin berlaku dan kelihatan, dan ini akan menyebabkan terjadinya penyakit asites.Apabila asites berlaku, keadaan seperti sesak nafas akan bermula.


JANGAN TERSILAP MENILAI !!!!!
     Selalunya, orang ramai yang melihat penyakit asites ini berfikiran ianya bukan sejenis penyakit, sebaliknya beranggapan hanya perkara normal kepada orang yang kuat makan, ini disebabkan hanya menampakan perut yang besar seperti buncit.

     Kadangkala pesakit yang meghadapi penyakit ini tidak menampakan ciri-ciri yang begitu ketara, seperti lemah,pucat, dan lain-lain.
      Bagaiman pula anggapan orang ramai terhadap kanak-kanak perempuan yang menghadapi penyakit ini?? 
      Orang ramai yang langsung tidak kenal atau tahu tentang penyakit ini akan beranggapan kanak-kanak yang menghidap penyakait ini, dengan  kelihatan perut yang buncit seperti berisi (hamil) akan menyalahakan kaum lelaki pula..tak adil langsung..
       Macam mana la kanak-kanak boleh mengandung sedangkan hormone pun masih belum cukup.
jadi kepada orang ramai, luaskan la pengatahuan AM kamu sebelum sembarangan bercakap.
       

Aktiviti Di Masa Bosan


Kemalasan Menyelubungi Keadaan....ngeeeek