Saturday, December 1, 2012

Mari Baca Cerita Lawak 3

5+5 = 11 

Sani murid tahun 2 yang agak lembab dan suka nyediri. Cik gu yang palig dia takut ialah Cik gu Kumar, guru mate sekolahnya. Dengar suara Sir Kumar menengkig rasa nak terkencing.. . suatu hari Sir Kumar memulakan kelas dengan menguji kecekapan conggak. semua murid berdiri dan kalau tak dapat jawab, berdiri atas kerusi. semua murid mesti jawab spontan.. tak boleh kira..
bila tiba giliran Sani, Sir Kumar menengking 5 + 5 berapa ? cepat!!!!!. Sani cuba mengira secara sorok. Dia masukkan kedua-dua tangannya dalam kocek seluar. Bergerak-gerak seluarnya kerana menghintung. .. rasa nak terkencing pun ada sebab takut... Sir Kumar senyum melihat telatah Sani. Cepat Sani.. 5 + 5 berapa.. 11 cikgu... ..
Sir Kumar senggih sambil keluar kelas... .

Malam Merdeka Kami.

     Saat berganti saat, minit berganti minit, jam berganti jam, malam berganti siang, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun,emmm apa lagi???
      Peristiwa itu tetap masih fresh di kepala hotak saya, peristiwa tu berlaku pada malam merdeka tahun 2008, saya dan 4 orng kawan yang lain baru mendapat gaji hasil titik peluh dan air liur yang bercurah-curah entah kemana dicurahnya, malam tu kami bercadang untuk menyambut hari merdeka di padang merdeka kota kinabalu,
     Tetapi disebabkan waktu sambutan ditetapkan pada tengah malam iaitu jam 12.00am, waktu hantu-hantu bangun pagi, kami memilih idea untuk membuang masa sekejap dengan berparti di pantai tanjung lipat dengan berbekalkan minuman-minuman yang kurang enak seperti, Harimau, BuduWeiser, Aisberg dan yang sebangsa dengannya.
      Waktu parti yang simple-nyimple sja tu, kami suda rasa seperti pantai tu kami yang punya, sehingga ada kawan menjadikan pantai sebagai toiletnya walaupun disebalik tabir pantai tu ada makhluk lain lagi yang sedang memancing ikan jerung.
       Sungguh meriah sangat untuk kami ber-5 sekawan meraihkan malam tu, ketawa tak tentu pasal, bekerjar-kejar sambil menyanyikan lagu Ajai Dan Nurul, bergolek-golek di pantai walaupun tidak tahu mana titik point sebenar lokasi yang dijadikan oleh kawan sebagai toiletnya. Hantam ja laaa.
        Best sungguh malam tu, akhirnya alarm yang disetkan untuk berbunyi menunjukkan tepat jam 11.50 malam. Tidak kemana2, kami belarian lintang pukang mencari kereta yang diparking oleh kawan, malam sungguh gelap ditambah pula mata yang semakin sepet gara-gara tindak balas kuasa minuman Harimau tu.
        Akhirnya kami berjaya menemui tempat kereta tu menyorok, kami pun menaiki kereta itu dengan hati yang terbuka walaupun hotak dikuasi kuasa minuman Harimau. 
        Tanpa segan silu pula si driver ne pantas dan amat cekap untuk memandu kereta mitsubshi nya.. tanpa mengikut prosedur yang betul untuk memandu, di memecutkan keretanya sehingga 5 kali kelajuan harimau, rasa takut tu memang ada dengan cara pemanduannya, tapi mata hotak sda jadi mata hotak Harimau jalan raya pun kira Harimau yang punya jga..
        Makin lama makin laju tahap semput harimau tu bergerak, setibanya saja di trafik light KPD berhampiran dengan pelabuhan kota kinabalu, lampu trafik tu menunjukkan warna merah iaitu tanda untuk berhenti, tetapi hotak da jadi harimau, kelajuan pun sukar suda untuk direndahkan, jadi jalan tu kira kami yang punya.
       Baru sahaja masuk simpang tu tiba-tiba kedengaran bunyi BOOOOOOOOMMMMM. saya terus bangun dari igauan harimau, kehairanan menyelubugi hotak saya, sambil mertanyakan kepada yang lain, "uikkk kenapa saya bleh ada di depan pula ni,tadi kan saya duduk d penumpang belakang" tapi seorang kawan pun tiada yang menjawab, dan terasa pula hidung ni sejuk, dan cecair tu keluar terus menerus, penglihatan pula semakin kabur, kedengaran cermin belakang kereta seperti dihentak dengan benda keras sambil kedengaran surara bertanyakan keadaan kami.
       Saya dapat rasakan kaki saya berada di atas badan salah seorang kawan saya,kepala saya pula betul-betul berada di bawah badan seorang kawan lagi, saya bersyukur pada Tuhan, mungin tuhan mahu saya sedar masa tu, dan saya betul2 sedar dan dapat menjawab panggilan orang di luar, saya bangun dan capai tingkap cermin hadapan yang pecah untuk kelaur dari kereta itu,
       Saat saya menyentuh jalan raya tu, saat itu juga saya rasa saya bukan lagi di kawal oleh minuman harimau itu, saya begitu sedar, rupanya kami baru saja melanggar sebuah kereta Toyota D-Max.
orang ramai cuba angkat saya dan menenangkan sya, 
       Dan orang ramai yang lain pula sedang bertungkus lumus memecahakan pintu kereta  untuk mengeluarkan kawan-kawan yang lain, masa saya tengok keadaan kereta tu dan kawan lain yan masih berada di dalam, saya rasa seperti tiada harapan, kejantanan saya tercabar jga masa tu, saya menangis di samping orang yang memegang saya, dan merayu supaya selamatkan kawan yang lain, seperti 5 minit kemudian salah satu pintu tu terbuka, dan saya nampak 1 pasang kasut dihumaban keluar dari dalam kereta, sejuta persoalan di kepala sya, "siapa yang umban kasut tu???", 
      Salah seorang dari orang yang membantu tu tiba-tiba bertanya "tidak apa, biar saya angkat kamu"
rupanya seronga kawan saya sda sedar walaupun muka berlumuran darah,, dan 1 persatu kawan2 saya keluar dengan bantuan orang ramai, mereka semua sedar walaupun muka badan berlumuran darah, 
       Bersyukur sangat dengan tuhan, sebab saya dapat dengar suara yang lain. bersyukur jga dengan tuhan sebab bagi kami peluang untuk ucap terima kasih kepada orng yang membantu kami.. 
        Selepas kawan-kawan yang lain sda dihatar ke hospital, mula la mata saya menjadi pitam, tangan kiri saya terasa sangat skitnya. kami dihantar ke hospital, masa tu juga kami diceramah oleh doktor dan kakitangan hospital tu. sekali lagi terima kasih kepada orang ramai yang membantu dan bersyukur sepada tuhan sebab bagi kami peluang untuk terus hidup.
        Sampai sekarang, kalau terasa ingin minum minuman tu lagi, kami cuma berkurung dalam rumah, dengna kata lain kami melayan harimau di dalam rumah sahaja. dan sebab peristiwa tu jga, kadang-kadang saya trauma naik kereta laju, apatalagi yang memandu tu belagak champion. famly saya pla berkeras tidak mahu benarkan saya bawa kereta sampai la sekarang, famly saya cakap, tiada peluang untuk kali kedua, buang duit kalau kereta hancur.. hahaha..Thanks GOD..

Orang Kita

 ORANG KITA

Makan pakai tangan
Suka makan belacan
Jumpa ucap salam
Adalah....
Orang kita

Pandai bikin tapai
Suka ramai-ramai
Kacang ampai-ampai
Adalah...
Orang kita

Orang kita.....
Jaga-jagalah budaya kita
Orang kita.....
Jaga-jagalah budaya kita

Orang kita
Kita orang
Orang kita
Kita orang
Orang kita...hei, hei!

Hisap sigup kirai
Sungip sisip mulut
Pakai gigi emas
Adalah...
Orang lama

Laksmana Hang Tuah
Paduka Mat Salleh
Si Aki Antanom
Adalah...
Orang kita

Orang kita.....
Ingat-ingat asal-usulnya
Orang kita.....
Ingat-ingat asal-usulnya

Orang kita
Kita orang
Orang kita
Kita orang
Orang kita...hei, hei!

(orang kita, kita orang solo)

Sifat rendah diri
Hormat-menghormati
Berbudi pekerti
Adalah...
Orang kita

Pura-pura lupa
Suka angan-angan
Lupa asal-usul
Adalah...
Orang kita

Orang kita.....
Ingat-ingat asal-usulnya
Orang kita.....
Ingat-ingat asal-usulnya

Orang kita
Kita orang
Orang kita
Kita orang
Orang kita
Kita orang
Orang kita...hei, hei, hei!

Mari Baca Cerita Lawak 2

Jam pukul lima petang,aku masih takde ape ape nak buat,kebosanan melampaui tahap maksima.jiwa aku mula memberonatakaku keluar rumah untuk lepaskan tekanan dalaman.

aku bersiar di taman.gile punye boring.takde sorang pun kat situ hanya sorang dua anjing yang bermain buaian.benci aku lihat mereka,bermain main manja dengan manja di buaian itu. aku geram dan terus mencetuskan konspirasi.anjing itu menggigit tulang belakang aku dan mematahkan pusat aku. tapi aku masih gagah,mereka geram dan terus menyerang aku dengan riang liar.


aku dengan kebuasan sejati terus lantas mencekik kerongkong mereka dan menghantukkan kepala diorang kat tiang buai 8 kali.kepala diorang retak dan pecah, otak diorang pun tumpah ke tanah.anjing anjing itu terkejut.aku pun terkejut.diorang berdiri ketakutan.aku pun begitu juga.aku apa lagi,lari terus.melihatkan aku lari diorang pun nak ikut jugak.aku marah dan suruh mereka buat benda lain.mereka bersetuju dan membuat keputusan untuk menyorok di dalam tong sampah.mereka menyorok dengan penuh ketakutan.aku terus berlari melintas jalan raya besar.


sejenak aku pandang depan,seekor lori balak menuju ke arah aku dengan penuh ghairah sekali.aku dapat rasakan nafsu kelajuan pada lori itu.aku tak dapat elak lagi.tetiba lori tu belok ke tepi dan pulak melanggar sebuah makcik tua dan cucunya.lori itu melenyek kuku cucunya,lalu makcik tu naik minyak dan mengejar pemandu lori tu.lori itu juga turut memusnahkan perkampungan lipan di tepi jalan itu.berbalik pula ke makcik tu semula,dgn penuh kerakusan minda yg dikuasai rasa kejijikan pasrahan emosi.,makcik itu akhirnya berjaya menangkap pemandu lori tu dan mengikatnya di dalam longkang.air yang mengalir terus memasuki hidung pemandu dan sampai ke serebrumnya.makcik tua itu kemudiannya ditahan polis dan dijatuhi hukuman penjara 3 hari dan hukuman rotan pusat 2 kali setiap hari lepas makan dan didenda rm12.80 kerana menyebabkan huru hara.melihat kejadian...

aku berdiam diri dan pulang ke ruamh. dalam kekalutan itu, aku berhenti sebentar di gerai ramli sirap untuk menikmati cendol ayam perasa kambeng.dah habis makan ja aku pulang terus ke rumah seperti biasa.kebiasaan sikapku itu mula dicurigai oleh sekumpulan pesawah padi yang menganggotai pasukan gerila nanas yg memberontak akibat penanaman nanas beramai ramai di sebuah kawasan pelupusan mayat secara sulit.aku ditahan dan dikurung dalam reban ayam selama 7 hari tanpa makan saja tapi aku diberi minum capuccino dan horlicks untuk menambah tenaga supaya aku dapat menjawab soalan mereka dgn baik.akhirnya tiba hari persoalan,aku dibicarakan dgn liar sekali,pusat dan tangan aku digari supaya tak dapat memberontak.



8 jam berlangsung,aku dpt menjawab semua soalan dgn baik sekali.mereka juga menganugerahkan aku sekeping sijil dan wang tunai rm500..aku pun dilepaskan dan terus pulang ke rumah.aku meneruskan hidup dgn menternak dan mengeksport lipan ke jepun,taiwan dan uganda.hidup aku bahagia dan sentosa hinggalah tak beranak cucu sebab aku tak kawin.


Mari Baca Cerita Lawak

   Pada suatu malam yang sunyi,,aku berjalan di tanah perkuburan.tiba-tiba aku ternampak satu lembaga hitam dibawah sinar bulan mengambang.bulu hidung aku meremang.dengan tampannya aku menuju ke arah itu.tiba tiba ada benda lembik jatuh atas kepala aku.

   aku menjerit dengan kuatnya.tanpa kesangkaan aku dan korang,aku terpeluk lembaga tadi.lembaga itu memandang aku tepat dimataku.aku tergamam.muka orang sungguh menakutkan.tahi lalat di bulu matanya,hingus berleluasa di hidung dan mulutnya. rambutnya tidak terurus disebelah kanan.tapi tersikat rapi di kiri.aku pasti!aku pasti dia adalah seorang syaitan yang dikatakan orang kampung selama ini berkeliaran di perkuburan setiap malam sabtu pukul sebelas malam.aku sengaja jatuh menjelepokkan diri ke tanah untuk membuktikan aku segan dan takut.dia mendekati aku.aku pun mendekati dia.akhirnya di berkata :`lipan awak sihat?`.rupa rupanya dia bekas ketua kampung aku.aku melempang dia sepenuh perasaan dan tenaga.dia mengerti.kemudian dia cerita apasal dia ada kat situ.rupanya dia melawat kubur lipan kesayangannya yang mati dibunuh komunis semasa sedang bermain layang layang.

dia keseorangan diri di situ melayan jiwa yang pasrah .akhirnya dia mati di situ kerana kehilangan air yang banyak dalam badan sebab menangis melebih lebih.aku pulang ke rumah.dah lebih lapan jam jalan aku tak sampai lagi..kerupaannya aku telah tersesat.aku tanya orang ,,tapi ..diorang cakap bahasa ibanis(bangsa kacukan iban dan russia di sepadan russia)akhirnya aku terpaksa menjadi pengemis untuk menyara hidup. 

 

Semporna Sabah








Apa itu asites ???

DEFINISI
Cecair berlebihan dalam ruang antara lapisan tisu perut dan organ-organ abdomen (rongga peritoneal).


PENYEBAB
Seseorang dengan ascites biasanya mempunyai penyakit hati yang teruk. Ascites disebabkan oleh penyakit hati, ia disebabkan oleh tekanan tinggi dalam saluran darah hati (hipertensi portal) dan tahap albumin yang rendah.

Orang yang mempunyai kanser kolon, kanser ovari, kanser endometrium, kanser pankreas, dan kanser berpotensi mendapat penyakit ascites. Syarat-syarat lain yang boleh membawa kepada masalah ini termasuk:

  1. Pembekuan dalam urat hati (trombosis vena portal)
  2. Kegagalan jantung kongestif 
  3. Pankreatitis 
GEJALA
Apabila hanya sejumlah kecil cecair telah terkumpul di dalam perut, mungkin tiada gejala. gejala ini sering berlaku perlahan-lahan atau tiba-tiba.

Sekiranya cecair berlebihan berkumpul di dalam perut, sakit perut dan kembung mungkin berlaku dan kelihatan, dan ini akan menyebabkan terjadinya penyakit asites.Apabila asites berlaku, keadaan seperti sesak nafas akan bermula.


JANGAN TERSILAP MENILAI !!!!!
     Selalunya, orang ramai yang melihat penyakit asites ini berfikiran ianya bukan sejenis penyakit, sebaliknya beranggapan hanya perkara normal kepada orang yang kuat makan, ini disebabkan hanya menampakan perut yang besar seperti buncit.

     Kadangkala pesakit yang meghadapi penyakit ini tidak menampakan ciri-ciri yang begitu ketara, seperti lemah,pucat, dan lain-lain.
      Bagaiman pula anggapan orang ramai terhadap kanak-kanak perempuan yang menghadapi penyakit ini?? 
      Orang ramai yang langsung tidak kenal atau tahu tentang penyakit ini akan beranggapan kanak-kanak yang menghidap penyakait ini, dengan  kelihatan perut yang buncit seperti berisi (hamil) akan menyalahakan kaum lelaki pula..tak adil langsung..
       Macam mana la kanak-kanak boleh mengandung sedangkan hormone pun masih belum cukup.
jadi kepada orang ramai, luaskan la pengatahuan AM kamu sebelum sembarangan bercakap.