Gaya hidup kanak-kanak masa kini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh
permainan komputer. Permaian komputer yang diperkenalkan pada mulanya di
Amerika Syarikat sekitar 1970an, kini telah menjadi satu trend di
seluruh dunia.
Sebenarnya penyelidikan dalam bidang ini telah
dijalankan di peringkat universiti. Antaranya ialah oleh Video Games
Research Group, Malaga University, Sepanyol serta National Centre of
Educational Information and Communication, Kementerian Pelajaran,
Kebudayaan dan Sukan, Sepanyol.
Sebelum ini, reaksi yang diterima
daripada ibu bapa kebanyakannya menyatakan bahawa permainan video
membawa pengaruh negatif kepada anak-anak mereka. Adakah ini benar?
Artikel ini memfokus kepada isu yang menarik tentang permainan video –
adakah ianya berpotensi sebagai peralatan pembelajaran dalam kalangan
kanak-kanak?
Pengaruh negatif permaianan video?
Di
dalam temubual rambang yang saya jalankan, secara umum masih ramai
ibu-bapa yang agak risau dengan pengaruh negatif permainan video kepada
anak-anak mereka. Perwatakan kasar, ketagihan dan pengasingan diri
adalah antara perubahan sifat kanak-kanak yang dikaitkan dengan
permainan video. Ada juga kanak-kanak yang merosot prestasi pembelajaran
gara-gara masa yang terbazir di hadapan TV sambil tangan mereka
memegang joystick.
Kebanyakan ibu-bapa sangat risau kalau-kalau
permainan video boleh membawa pengaruh ganas ke dalam rumah mereka. Ini
kerana kanak-kanak begitu mudah meniru aksi kasar seperti bertumbuk yang
mereka lihat semasa bermain.
Fakta yang menarik disini ialah
para penyelidik di Amerika Syarikat menyatakan bahawa setakat ini belum
terbukti melalui penyelidikan dan uji kaji bahawa permainan video
membawa kesan negatif.
Malah jika kita lihat hari ini, semakin
banyak permainan video terdapat di pasaran. Perkara ini yang pada
asalnya adalah berkaitan dengan tujuan santai, telah bertukar menjadi
satu industri yang serius yang mencecah nilai bilion dolar Amerika. ...
No comments:
Post a Comment