Tetapi, pastinya kita tahu kanak-kanak berumur tujuh tahun pastinya terlalu muda untuk dihantar ke angkasa lepas.
Bagaimanapun, Dexter Anderson tidak mengendahkan kenyataan itu dan terus menghantar surat kepada NASA tetapi lebih kepada bertanyakan nasihat bagaimana untuk menjadi seorang angkasawan apabila beliau sudah dewasa kelak.
Dalam suratnya bertulis,
“Saya dengar anda menghantar dua orang ke planet Marikh dan saya juga ingin turut serta tetapi saya berumur tujuh tahun dan saya tidak mampu, saya berminat untuk mengikutinya di masa depan, apa yang perlu saya lakukan ya untuk menjadi angkasawan?”
Tulisan asal.
‘I heard that you are sending two people into Mars and I would like to come, but I’m seven so I can’t,’ he wrote. ‘I would like to come in the future. What do I need to do to become an astronaut?’
Kanak-kanak itu gembira selepas NASA membalas suratnya dan menasihatinya supaya terus bercita-cita tinggi sehinga sanggup mencapai bintang.
Pihak NASA turut menghantar beberapa jenis pelekat, poster dan juga penanda buku untuk memastikan semangat Dexter terus kuat untuk menjadi angkasawan.
Ibu kanak-kanak itu, Katrina berkata reaksi Dexter begitu terkejut kerana menerima satu bungkusan yang amat besar dari NASA dan menyangka anaknya itu hanya akan menerima surat dari NASA.
Bagi pihak NASA pula, mereka mencuba sedaya-upaya untuk menjawab sebanyak mana soalan yang boleh melalui pos dan laman sosial.
Kanak-kanak British, mengidam untuk ke angkasa lepas seawal umur tujuh tahun, anak-anak kita sibuk buat video dah bercinta seminggu, kahwin kontrak entah apa-apa la,bagaimana arah tujuan kita nanti??..