Friday, May 24, 2013
Tuesday, May 21, 2013
Sabah, Brunei dan Sulu | The Untold History
1. Sekitar abad ke 6, hampir keseluruhan kepulauan Borneo adalah di bawah jajahan takluk Kesultanan Negara Brunei.
Seperti juga Sarawak yang rata-ratanya menjadi tanah kuripan kepada
golongan bangsawan dan juga pembesar dari Kesultanan Brunei maka
begitulah juga sebaliknya kepada Sabah.
2. Segalanya bermula apabila berlakunya perang saudara di Brunei di antara Sultan Mohammad Ali dan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin. Dikhabarkan persengketaan ini berlaku kerana anakanda Sultan Mohammad Ali telah dibunuh
oleh Pengiran Muda Bongsu sewaktu menyabung ayam. Sultan Mohammad Ali
telah bertindak membunuh Pengiran Muda Bongsu dan ini menyebabkan
Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin ingin menuntut bela dan seterusnya
mengambil alih puncak pemerintahan Sultan Mohammad Ali.
3. Pembunuhan Sultan Mohammad Ali telah
menyebabkan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin menaiki takhta selepas
kemangkatannya. Sebagai langkah keselamatan, Sultan Abdul Hakkul Mubin
telah berpindah ke Pulau Chermin, sebuah pulau di muara Sungai Brunei.
Sultan Abdul Hakkul Mubin kemudian melantik anak saudara Sultan Mohammad
Ali sebagai Pengiran Bendahara Brunei iaitu Pengiran Muda Muhyiddin.
4. Pengiran Muda Muhyiddin naik takhta sebagai Sultan Negara Brunei
dengan bergelar Sultan Muhyiddin selepas kemangkatan baginda. Dan
sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Hakkul Mubin inilah kerajaan Brunei
telah menghadiahkan Kesultanan Sulu yang dahulunya
Adipati Brunei tetapi telah bertindak menubuhkan kesultanan sendiri
kerana kelemahan empayar kesultanan Brunei pada masa itu. Malah apabila
Sultan Abdul Hakkul Mubin memohon pertolongan malah kesultanan Sulu
sanggup menghulurkan bantuan. Maka jadilah pantai Timur Borneo menjadi
hak milik kepada Kesultanan Sulu pada tahun 1662.
5. Pada awal tahun 1760, satu perjanjian
telah ditandatangani di antara Alexander Dalrymple dengan Kesultanan
Sulu bagi membuka pangkalan perdagangan Syarikat Hindia-Timur British di
Pulau Balembangan. Pulau Balembangan terletak kira-kira 20 batu dari
utara Kudat. Kemudian nama Pulau Balembangan telah ditukar kepada
Felecia Island. Setelah bertapak buat seketika akhirnya Syarikat Hindia-Timur Bristish pada tahun 1805 meninggalkan Pulau Balembangan kerana dikatakan tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan.
6. Pada tahun 1878, Baron Gustavus Von Overbeck,
Konsul Jeneral bagi empayar Austro-Hungarian yang berpangkalan di Hong
Kong telah membuat perjanjian dengan Kesultanan Sulu untuk menyerahkan
hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck.
Perjanjian ini telah memberikan Sultan Sulu mendapat $5,000 setahun
daripada Syarikat Overbeck. Nilai $5,000 adalah nilai dalam dollar
Mexico yang mana pada ketika itu bersamaan dengan nilai emas.
7. Pada tahun yang sama, Syarikat Overbeck telah mengalami masalah
kewangan teruk dan akhirnya memohon bantuan kewangan daripada Alfred Dent,
seorang jutawan British pada masa itu. Alfred Dent telah sanggup
membantu dengan bersyarat iaitu hanya wakil British dibenarkan untuk
menguasai perniagaan di Sabah. Akhirnya Baron Gustavus Von Overbeck yang
berbangsa Austria telah menyerahkan keseluruhan perniagaannya di
wilayah Sabah kepada Alfred Dent untuk diuruskan. Disinilah bermulanya
pengaruh Syarikat Berpiagam Borneo Utara keatas tanah jajahan kerajaan
Sulu di Sabah.
8. Pada tahun 1888, Syarikat Berpiagam Borneo Utara , Negara Sarawak dan
Negara Brunei telah menandatangani satu perjanjian dengan Kerajaan
Mahkota British iaitu menjadikan ketiga-tiga negara ini menjadi negara
perlindungan bagi Kerajaan Mahkota British. Perjanjian ini akan
memastikan bahawa tiada mana-mana negara di antara ketiga-tiga ini akan
meluaskan empayar negara masing-masing dan sekiranya berlaku sesuatu
peperangan maka mereka akan membantu di antara satu sama lain.
9. Semasa Perang Dunia Ke-2 iaitu semasa Jepun mulai meluaskan kuasanya
ke Asia Tenggara, Sabah juga tidak terkecuali mendapat tempias
sehinggakan ianya telah mengalami kemusnahan yang teruk. Syarikat
Berpiagam Borneo Utara telah tidak mampu untuk membangunkan Sabah pada
masa itu jadi pada tanggal 15 Julai 1946, Sabah secara rasminya telah diberikan kepada Kerajaan Koloni British
dan menjadi jajahan takluk British. Sepanjang menjadi jajahan Syarikat
Berpiagam Borneo Utara dan juga Koloni British, harga pajakan Sabah
sentiasa dibayar kepada kerajaan Sulu.
10. Setelah Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 dan bergabung membentuk
Federasi Malaysia bersama-sama dengan Sarawak dan Malaya serta Singapura
(Singapura keluar pada tahun 1965), tugas untuk membayar kepada
Kerajaan Sulu juga berpindah tangan. Saban tahun Kerajaan Persekutuan
Malaysia tetap membayar Kerajaan Sulu sebanyak RM5,300.00 (Ditambah
RM300 oleh Kerajaan Malaysia) juga bagi mematuhi Perjanjian 1878.
Terdapat klausa di dalam Perjanjian 1878 yang menyatakan bahawa sewaan ke atas Sabah harus dibayar sehingga tidak ada matahari dan bulan ataupun pada ertikata sebenar “Sewaan Sampai Kiamat”.
Gambar bukti SABAH terus mundur di bawah jajahan UMNO BN!!
Betullah kata orang, dimana Umno kuat,
disitu rakyat merempat..apabila rakyat miskin, maka mudahlah utk BN
menggula2 dan memperbodohkan rakyat terutama ketika musim pilihan
raya...contoh boleh lihat pada gambar di atas..
Gambar dibawah pula menunjukkan kedhaifan sebuah sekolah di Sabah, sebuah negeri 'jajahan' Umno buat sekian lama..sungguh sedih tatkala melihat anak bangsa masih dibelenggu dengan masalah seperti ini walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun....
Daripada Najib/Umno membazirkan masa dan wang untuk membina menara 100 tingkat untuk bermegah2, ada baiknya Najib memikirkan tentang masalah dan nasib mereka, nasib anak bangsa kita, nasib warisan generasi kita..fikir2kan....
Gambar dibawah pula menunjukkan kedhaifan sebuah sekolah di Sabah, sebuah negeri 'jajahan' Umno buat sekian lama..sungguh sedih tatkala melihat anak bangsa masih dibelenggu dengan masalah seperti ini walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun....
Daripada Najib/Umno membazirkan masa dan wang untuk membina menara 100 tingkat untuk bermegah2, ada baiknya Najib memikirkan tentang masalah dan nasib mereka, nasib anak bangsa kita, nasib warisan generasi kita..fikir2kan....
Monday, May 6, 2013
KIYOMI/GWIYOMI yang digayakan oleh Clera Alex atau Clera Oleyvera Alex
KIYOMI/GWIYOMI yang digayakan oleh Clera Alex atau Clera Oleyvera Alex
Apa yang menarik dalam video tersebut selain sumandak itu nampak comel, gaya tersebut merupakan trend baru merakam aksi depan kamera.
Difahamkan Clera juga merupakan seorang modeling.
http://www.youtube.com/watch?v=MTtGnvoGONY
Apa yang menarik dalam video tersebut selain sumandak itu nampak comel, gaya tersebut merupakan trend baru merakam aksi depan kamera.
Difahamkan Clera juga merupakan seorang modeling.
Subscribe to:
Posts (Atom)